Untuk membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, sila daftarkan diri sebagai ahli
PKNS Careline.

Sekiranya anda sudah mendaftar, sila

Saya terlupa Login ID atau Katalaluan

Maklumat Korporat PKNS

PENUBUHAN PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau ringkasnya PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964, sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri yang bermatlamat mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi ke seluruh negeri Selangor berpandukan dasar-dasar kerajaan dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial bagi mencapai wawasan negara. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.


AKTIVITI PKNS

 

  • Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru
  • Pembangunan Kawasan Perumahan
  • Pembangunan Kawasan Perindustrian
  • Penempatan Semula Setinggan
  • Kedai, Kompleks Perniagaan/Pejabat
  • Agen Pelaksana Projek-projek Kerajaan Negeri
  • Pelaburan
  • Menubuhkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
  • Hotel
  • Pengurusan Persekitaran
  • Penjanaan Kuasa
  • Pembinaan
  • Perdagangan


OBJEKTIF


Menggalak, memaju dan membangunkan pusat pertumbuhan baru, kawasan kediaman, zon perindustrian, perdagangan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seumpamanya serta aktiviti lain yang dibenarkan. Melaksana semua dasar kerajaan yang melibatkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Meneroka dan menyertai bidang-bidang pelaburan dan perdagangan untuk mewujudkan penyertaan ekuiti dan pengurusan Bumiputera yang berkesan dalam bidang tersebut. Menyedia landasan ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional.


WAWASAN


Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan…Merealisasi Impian


MISI


Untuk membentuk persekitaran kehidupan yang vibran dan lestari melalui

  1. Inovasi Berterusan
  2. Perkhidmatan Melangkaui Ekspektasi
  3. Modal insan yang komited dan kompeten


10 NILAI-NILAI BERSAMA PKNS

  1. Inovatif
  2. Mengutamakan Pelanggan
  3. Komited Ke Arah Kecemerlangan
  4. Peningkatan Berterusan
  5. Sinergi Berpasukan
  6. Proaktif
  7. Profesional
  8. Berjiwa Besar
  9. Di atas Garisan
  10. Kompeten
Sila layari www.pkns.gov.my untuk semua maklumat korporat PKNS.

   
   
PKNS Careline
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Tingkat 1, Blok B, No 2, Jalan Indah 14/8,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 - 5525 0300
aduan@pkns.gov.my
PKNS Response Team
PKNS Careline